Assalamualaikum ^^
Ok korang . Cepat - cepat . Jom kita halang hackers ! huhu ~ Ok kawan-kawan . Penggodam ataucracker semakin kreatif dalam menggodam kata laluan atau "password" untuk menembusi blog , facebook dan e-mel . Salah satu cara hackers menceroboh akaun korang adalah dengan menembusi "password" yang sememangnya mudah untuk ditembusi .
Nak tahu macam mana penggodam ni tembus sampai berlubang habess kita punya password ? Nak takk ? JOM Serbuuu ramai-ramai ~ hee~
Cara-Cara Penggodam Menembusi Kata Laluan

Mereka menggunakan kata-kata dalam kamus dan mengkombinasikannya dengan angka-angka atau karakter.

Mereka cuba membuat semua kombinasi mulai daripada aaaa sampai zzzz . sehinggalah beberapa karakter . Sememangnya mereka cukup gigih !

Mereka akan memasukkan data-data peribadi seperti nombor telefon , tarikh lahir , nama teman , kod post dan sebagainya.
Jenis-Jenis Kata Laluan Yang Lemah




Dah tahu semua tuh kan ? So apa lagi ! Cepat pergi tukar password yang sesusah sesumpah cepatt !! Errr hehe~ Now nak bagi tips ciket untuk elakkan dicerobohi penggodam .
Tips Elak Dicerobohi Penggodam !

Wajib ni ! Buat kata laluan korang dengan menggunakan kombinasi alphanumberic dan karakter seperti"><,?/;}]! atau cari kata laluan yang selamat yang ada di Internet seperti pctools.com . Ada software menggodam yang menggunakan kaedah brute force untuk meneka kombinasi username dan kata laluan . Ada juga di antara kita dengan menggunakan nama penuh , enam digit awalan dalam mykad , tarikh lahir seseorang atau perkataan popular sebagai kata laluan .

Dalam akaun Facebook , dinasihatkan agar korang tidak memberitahu maklumat diri korang dengan terlalu terperinci . Cukup sekadar nama dan alamat emel.

Psst : Kalau ada lagi tips menarik yang boleh dikongsi / tambah , just leave your comment ok ? Muahhx !~